Translate

Sunday 14 July 2013

Kelingai (Tatu) dalam masyarakat Iban

Asal usul orang Iban suka membuat kelingai adalah berdasarkan mitos dan lagenda. Menurut mitos, masyarakat Iban membuat kelingai kerana mencontohi ukiran Burung Bongsu Bubut yang mengukir Burung Bongsu Ruai. Dua orang pengembara yang bernama Jantau dan Nyanggau pergi ke hutan untuk mencari getah jelutung. Ini kerana pada masa itu getah jelutung sangat tinggi harganya. Pada keesokkan harinya, mereka berdua bercadang untuk pergi berburu kerana mereka sudah lama tidak makan daging. Setelah mereka mendapat hasil buruan, mereka bercadang untuk memasak. Tidak lama selepas itu, dua orang yang tidak dikenali melintasi mereka berdua lalu mengajak Jantau dan Nyanggau pergi ke rumah mereka yang tidak jauh dari situ. Jantau dan Nyanggau menerima pelawaan itu. Orang yang mempelawa Jantau dan Nyanggau ke rumah itu merupakan Burung Bongsu Bubut dan Burung Bongsu Ruai yang menjelma menjadi manusia. Burung Bongsu Bubut dan Burung Bongsu Ruai telah bercadang untuk mengukir badan mereka. Burung Bongsu Bubut telah mengukir Burung Bongsu Ruai dengan cantik sekali. Apabila melihat kecantikan hiasan cacah di wajahnya, dia pun berasa sungguh gembira. Selepas itu, tiba pula giliran burung Bongsu Ruai mengukit Burung Bongsu Bubut. Apabila badan Bubut sudah hampir setengah diukir dan kelihatan amat cantik, tiba-tiba fikiran Burung Bongsu Ruai berubah dan beliau tidak mahu Onggsu Bubut kelihatan lebih cantik daripadanya. Maka Bongsu Ruai pun mmewarnakan badan Bubut dengan warna hitam bercampur merah sahaja tanpa corak. Apabila menyedari perbuatan Burung Bongsu Ruai, Burung Bongsu Bubut amat marah dan mereka pun terus berkelahi. Jantau dan Nyanggau cuba menghentikan pertengkaran di antara Bubut dan Ruai tetapi tidak Berjaya.  Jantau dan Nyanggau amat berminat dengan ukiran yang dibuat oleh Bongsu Bubut dan mereka melakukan dan membuat ukiran tersebut setelah mereka pulang ke tempat asal mereka.
Selain itu, masyarakat iban mencontohi dewa-dewa kayangan. Orang lelaki kaum iban gemar menghiasi tubuh mereka dengan kelingai  kerana mencontohi rupa tujuh orang menantu ketua dewa kayangan iaitu Sengalang Burung mencontohi kelingai pahlawan Iban. Gemong bermimpi melihat dinding dan segala peralatan di dalam rumah itu diukir dengan cantik sekali begitu juga orang lelaki ya adai mendiamai rumah itu mmpunyai kelingai. Sedang beliau melihat keindahan dan keunikan ukiran itu, tiba-tiba muncul seorang tua dan beliau memberitahu Gemong tenteng jenis  kelingai dan ukiran yang ada di situ.
Kelingai masyarakat iban terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya ialah bungai terung, ketam itit,buah andu, kera nyangkam, daun wi dan banyak lagi. Corak ataupun jenis sesuatu kelingai tidak boleh dibuat dengan sesuka hati kerana perlu ada maksud dan tujuan kelingai itu dicacah. Jenis kelingai yang terkenal di Nanga dong ialah kelingai “bungai terung”. Bungai terung ini dicacah pada kedua-dua belah bahu kaum lelaki masyarakat iban. Hanya orang lelaki yang mempunyai kelingai bungai terung kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sesebuah keluarga. Tatu ini akan memberi kekuatan kepada bahu kerana dipercayai segala aktiviti dan beban yang berat akan dipikul pada bahu. Bunga terong ada yang bersayap enam dan ada yang lapan. Seorang masyarakat Dayak Iban yang memiliki bunga terong keliling pinggang biasanya lapan buah berarti orang itu sudah  penuh atau sudah puas merantau,
Selain itu, kelingai entegulun juga terkenal dalam kalangan masyarakat iban. Kelingai ini dibuat pada belakang tangan, penumbuk dan telunjuk. Cacah entegulun tidak boleh dibuat sembarangan. Ini kerana setelah seseorang itu telah berjaya membunuh dan memenggal kepala musuh barulah seseorang itu boleh megukir ukiran ini pada belakang tangan, penumbuk dan telunjuk mereka.
Pada masa dahulu, jenis kelingai yang dicacah pada leher juga sangat popular. Kelingai yang terdapat pada leher biasanya berbentuk seekor kala, sayap kupu-kupu dan kepiting. Ukiran ini juga dipanggil ‘ukir rekung’. Tujuan kelingai ini dibuat adalah untuk melambangkan perkembangan dari satu status orang biasa kepada status orang yang dihormati. Antara orang-orang yang berstatus perlu dihormati ialah ketua kampung, pahlawan-pahlawan yang sudah berburu dan panglima. Ini bermakna perkembangan status pada seseorang dapat dilihat berdasarkan kelingai yang mereka cacah pada leher kerana bahagian kerongkong merupakan bahagian yang paling sukar dicacah kelingai dan ini dipercayai menguatkan semangat orang yang dicacah dengan kelingai.
Motif buah andu pada umumnya juga terkenal dalam kalangan masyarakat iban dan ianya diukirkan di belakang paha. Kelingai ini bermaksud, buah andu sebagai makanan dan penyambung apabila seseorang itu merantau ataupun berjalan jauh.
Dalam membuat tatu, bahan yang digunakan untuk menghitamkan cacah ialah along. Along ini akan dicampur dengan berbagai-bagai ubat pemanis supaya cacahan itu kelihatan lebih cantik dan juga sebagai pelindungan.



Pakaian Tradisional Wanita Kaum Iban si Sarawak

Negara Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik dan kompleks kerana terkenal dengan kesenian dan kebudayaannya yang tersendiri. Raykat Negara ini terdiri daripada pelbagai jenis agama, kaum, dan adat resam yang berlainan.Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum memiliki pakaian tradisional masing-masing yang memaparkan budaya serba unik.Setiap bangsa di dunia ini mempunyai ciri-ciri pakaian tersendiri yang pastinya mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri.Peredaran masa menyaksikan pengaruh kebudayaan daripada tamadun bangsa yang lebih maju terhadap bangsa yang kurang maju dapat membuka jalan kearah perubahan yang lebih pesat termasuk dalam perkembangan feysen pakaian.Pakaian bukan hanya dipakai untuk menutup tubuh bagi mengelakkan kesan panas atau dingin mahupun pandangan orang, bangsa yang lahir daripada peradaban yang berlainan sudah tentu ingin menonjolkan seni kreatif dan tahap pencapaian teknologi masing-masing dalam bidang tekstil.
            Suku kaum Iban ialah penduduk pribumi yang terbanyak di Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenayalang (Numpang, 1989). Jumlah suku kaum iban ialah 693358 orang. Kaum iban dikenali sebagai dayak laut dan berasal dari Kalimantan, Indionesia tetapi berpindah ke Sarawak.Pada zaman pemerintahan Rajah Brooke, Sarawak disebut sebagai Bumi Pemotong Kepala.Negeri Sarawak mempunyai 23 etnik utama dan berpuluh-puluh lagi suku kaum pribumi kecil-kecil yang kesemuanya menganut pelbagai agama, kepercayaan dan mempunyai adapt resam serta budaya masing-masing menutukan bahasa dan dialek yang berbeza-beza mengikut daerah-daerah kediaman mereka di kawasan luar Bandar dan pendalaman.
            Dua puluh tiga etnik bumiputera yang utama di Sarawak ialah Dayak Iban (Iban Skrang, Iban Miri-Bintulu-Limbang, Iban Saribas, Iban Batang Rajang, Iban Undop, Iban Lemanak dan Iban Malikin), Melanau (Seduan, Segalang, Belium, Bintulu, Segahan, Matu/Mato Daro, Oya, Mukah, Rejang, Igan, Siteng, Tatau, Baligian, Kanowit, Sekapan, Kejaman, Lahuna, Banyok), Bidayuh (Orang Biatah, Bukar-Sadong, Bau-Singghi-Jagoi, Selakau dan Lara), Kenyah (Orang Batu Biah, Murik, Lisong, Sebob, Sipang, Long Kipat, Lepu Aga, Lepu Tau, Nyamok dan Uma Kulit), Melayu, Kedayan, Belait, Sebuyau, Kayan, Punan, Penan (kumpulan yang masih nomadik), Tebun, Bukat/Ukit, Bisaya, La’en, Tagal, Sian/Sa’an, Lugat, Lisun, Kelabit, Lun Bawang/Lun Dayeh (Murut). Kumpulan-kumpulan kaum ini tinggal di kawasan tanah rendah dan bahagian darat, kawasan tanah tinggi dan kawasan pesisir. Masyarakat Dayak Iban tradisional adalah penduduk pribumi yang paling dominant di Sarawak, diikuti oleh Dayak Bidayuh, kaum-kaum Melayu-Melanau dan lain-lain kumpulan etnik di atas yang lebih dikenali sebagai Orang Ulu.
            Masyarakat tradisional Iban merupakanmasyarakat yang selalu berpindah randah atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari makanan dan kehidupan baru.Pendapat ini disokong oleh VinsonH. Sutlive (1996);
Iban also mean wander. For centuries they have moved through the hills of Borneo, farming dry rice, gathering, hunting and fishing, expending in territority as well as numbers. During the century they moved into the delta plains of Rejang and other rivers valleys, where now grow wet rice, rubber, pepper and work of wages.

“at which they produced blessing on sponsors and other guests so that the letter might share good fortune”

“success in rice farming has been describe by Iban as…..prestige”.

“Semua ke enda di pumpung pala ulih idup magang, tang apai enggau indai keling enda ulih idup agi laban pala seduai ia udah di taban ke bala munsoh.”

“The ascension of an individual to such a position is facilitated by attributes of wealth, bravery, skills in public speaking, knowledge of adat, the abilities to lead, among others: the position of tuai rumah is usually passed from father to son or to son-inlaw in a particular bilik-family.” (Vinson & Sutlve, 2001a: 681)

“Dalam budaya Iban, Kumang tu sudah endar disemaka enggau orang indu ke ngembuan gamal ke pemadu bajik lalu landik dalam semua macham pengawa baka betenun, ngebat, nganyam, enggau mayuh macham pengawa bukai ke endang dikereja indu Iban dulu kelia. Kelimpah ari nya mega, iya sigi alai orang bukai belajar, endur orang betanya, nguluka orang tuai. ‘Kumang’ tu mega indu ti pemadu beberita sereta tampak nama ba menua ti diuan orang Iban. Pendiau kumang ukai semina dipeda bajik tang mega ngembuan pengelandik gawa sereta ulah ke manah.”

Perpindahan kaum Iban yan begitu kerap sekali didorong oleh faktor-faktor seperti penerokaan tanah baru untuk tujuan survival, ekologikal dan budaya mereka.Pertama, kejayaan berterusan dalam pertanian boleh meninggalkan imej dan prestij serta keturunan mereka.Justeru, mereka memerah seluruh keringat dan bekerja untuk menambahkan hasil tanaman seperti padi, ubi keledek, jagung dan sebagainya. Oleh hal demikian, apabila tanaman berumai (berhuma) tidak memberi hasil yang lumayan, hal ini akan menjatuhkan imej mereka. Sebaliknya, jika berjaya mendapat hasil yang banyak, petani-petani tersebut akan dijemput ke Gawai Padi yang diadakan di sebuah rumah panjang lain. Pendapat ini disokong oleh Vinson (1978:26);

Ini bererti budaya berumai bukan sekadar untuk memperoleh beras tetapi juga sebagai pretij dan kejayaan individu (Osman, 1989).Pendek kata, kejayaan bercucuk tanam boleh meninggikan status, imej dan martabat mereka dalam masyarakat Iban silam.Pendapat disokong oleh Vinson (1978: 26);

            Faktor ekologikal turut menyebabkan perpindahan kaum Iban.Ini kerana terdapat banyak tumbuhan, ikan dan binatang buruan di dalam hutan tebal yang masih belum diterokai dahulu.Aktiviti non-hortikultur ini telah mengakibatkan perpindahan mereka ke lembah-lembah yang kaya dengan bahan makanan tersebut.Maka bolehlah dianggap perpindahan itu berlaku sebagai satu desakan untuk tujuan survival (Vinson, 1978).
            Seterusnya melalui faktor budaya, masyarakat Iban menghadapi persaingan dengan etnik bumiputera yang lain untuk menguasai kawasan pertanian, sungai dan kawasan perburuan. Contohnya, mereka berusaha mempertahankan kawasan tanah padi daripada rampasan kuasa ke atas kawasan tanah pertanian, mereka akan berpindah ke tempat laindan menerokai kawasan yang baru untuk bercucuk tanam. Mereka suka membuat petempatan di kawasan penanaman padi huma di atas bukit dan hidup secara berkelompok serta bekerjasama mempertahankan diri daripada ancaman munsuh mereka.
            Kaum Iban juga gemar bejalai untuk memperluaskan pengalaman atau memulakan kehidupan baru di tempat yang lain jauh dari kediaman asal mereka. Hidup berpindah randah kaum Iban demikian dikaitkan dengan keinginan untuk menonjolkan diri, mencari pengalaman baru, mencipta nama dan seumpamanya. Oleh sebab demikian, mereka suka mengembara ke tempat-tempat lain untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
            Masyarakat Iban lebih selesa tinggal di rumah panjang kerana kehidupan berkelompok di rumah panjang pula dapat mengeratkan lagi semangat kekitaan dan muhibbah di kalangan penghuninya.Contohnya, apabila diadakan sesuatu pesta atau gawai, ia bukan diadakan secara keluarga atau individu tetapi sebagai satu upacara rumah panjang. Jika berlaku kemelesetan ekonomi atau kekurangan makanan, mereka mampu menjimatkan perbelanjaan kerana gawai diadakan sebagai satu perkongsian yang munasabah.Selain itu, faktor keselamatan, iaitu bagi mengahadapi binatang buas dan serangan musuh dalam ekspedisi ngayau terhadap masyarakat Iban pada zaman lampau. Pendapat ini terbukti dalam cerita yang oleh Richard Anak Changgan;
           Dengan demikian, mereka bukan sahaja berasa selamat tetapi mereka lebih selesa dan lebih yakin tinggal secara berkelempok dalam sebuah rumah panjang. Sesebuah rumah panjang terbahagi kepada tujuh bahagian (Jensen, 1974) seperti bilek, sadau, ruai, tanju, dapur, padong dan tempuan.Bilek ialah unit asas iaitu family atau keluarga dalam organisasi sosial kaum Iban.Anggota bilek menjadi suku jurukaban belayan (Vinson, 1978), iaitu kaum kerabat rumah panjang tersebut.Sadau yang terletak di atas bilek digunakan sebagai stor untuk menyimpan padi, benih padi dan alat-alat menanam padi seperti tikar, bakul, parang dan lain-lain alat keperluan keluarga (Freeman, 1970).Ruai ialah kawasan terbuka di rumah panjang, tetapi dipisahkan oleh tiang bumbung.Ia adalah tempat interaksi sosial masyarakat rumah panjang. Upacara-upacara rumah panjang seperti beranyai, niti daun, ngerandang, timang gawai dan seumpamanya diadakan di ruai. Ruai juga adalah tempat ketua-ketua masyarakat Ibanbaum dengan anak-anak buahnya di rumah panjang tersebut. Tanju ialah bahagian luar ruai yang dibina tanpa bumbung untuk menjemurkan hasil-hasil tanaman seperti lada, padi, getah dan sebagainya.Boleh dikatakan bahawa, rumah panjang mempunyai beberapa fungsi asas seperti perkongsian pertahanan, keramaian dan sekaligus menjadi pusat pentadbiran undang-undang adat.Sehingga kini ciri-ciri kehidupan di rumah panjang terus berakar umbi dalam masyarakat Iban.
Sesebuah rumah panjang mempunyai tuai rumah. Lazimnya, tuai rumah dipilih daripada warga tuayang berpengalaman dan berpengaruh di rumah panjang berkenaan.Tuai rumahbertanggung-jawab dalam semua pentadbiran rumah panjang, menguatkuasakanundang-undang atau adat (Jensen, 1974) dan menyelesaikan sebarang persengketaan dirumah panjang itu (Melling, 1988).Tuai rumah pula dibantu oleh tuai burong dan tuai gawai untuk menjalankan upacara-upacara keagamaan yang berkaitan dengan adatresam dan kepercayaan masyarakat Iban. Menurut Vinson & Sutlive (2001), perlantikan tuai rumah bergantung kepada keberanian, harta, kemahiran berucap didepan khalayak, pengetahuan tentang adat resam dan ciri-ciri kepimpinan yang adapada seseorang itu. Pengganti tuai rumah mungkin juga anak dia sendiri ataumenantunya, mana-mana yang lebih berkebolehan.
Kaum Iban amat unik dan kaya dengan adat dan kebudayaan yang tersendiri.Oleh demikian terdapat pelbagai perayaan yang merupakan upacara pemujaan untuk menyampaikan niat, memohon kebaikan dan berdoa kepada petara. Perayaan-perayaan ini dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti Gawai Batu, Gawai Burong (Gawai Kenyalang), Gawai Rumah Baru (Gawai Mangkong Tiang), Gawai Nama Ke Tajau, Gawai Antu, Gawai Ngemali Umai dan lain-lain seumpamanya. Gawai Batu dianggap sebagai perayaan utama kerana kaitannya dengan tradisi berhuma masyarakat Iban (Melling, 1988).Tujuan Gawai Batu ini ialah untuk memohon keberkatan daripada petara untuk membersihkan tanah huma daripada gangguan serangga perosak dan penyakit. Maka ia bolehlah diadakan apabila mereka tidak mendapat hasil tuaian yang baik pada tahun sebelumnya. Gawai Batu juga diadakan setelah berpindah ke rumah panjang baru untuk memohon keberkatan, kemakmuran dan kesenangan hidup selama mereka menghuni rumah panjang tersebut.Dalam konteks ini, Petara yang dimaksudkan ialah Sempulang Gana Bujang Rangkang Kirai Raja Sua, manusia luar biasa yang dipercayai tinggal di kayangan.Menurut kepercayaan, Simpulang Gana ialah dewa atau pesuruh utama petara yang dilantik sebagai penjaga tanah, tempat mereka berhuma dan bercucuk tanam.
Gawai Kenyalang (Gawai Burong) diadakan sebagai penghormatan kepada Singalang Burong iaitu tuhan perang bagi masyarakat Iban tradisional (Sandin, 1977).Asal usul perayaan ini dikaitkan dengan kepercayaan tentang Aki Lang Sengalang Burong Jagu Menaul Tuntung (burung helang) yang ditugaskan oleh petara untuk memimpin segala kerja perang bagi masyarakat Iban kerana beliau memiliki semua jenis pengaroh (azimat). Oleh hal demikian, Gawai Kenyalang bolehlah diadakan semasa atau sebelum ekspedisi ngayau.Ia juga boleh diadakan apabila seseorang pahlawan Iban menerima alamat daripada petara melalui mimpi untuk mengadakannya. Bagaimana pun, Gawai Kenyalang boleh diadakan sebaik sahaja seseorang Iban pulang daripada bejalai setelah memperoleh pendapatan lumayan atau barang yang berharga. Lazimnya upacara perayaan dijalankan di tanju kerana Singalang Burong dipercayai akan datang dan duduk bersama-sama dengan mereka semasa makan dan minum di sana.
Satu lagi perayaan yang penting bagi masyarakat Iban ialah Gawai Antu, iaitu satu upacara ritual sebagai penghormatan kepada orang yang telah mati (Vinson, 1989).Perayaan ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan persediaannya mengambil masa dua hingga tiga tahun (Melling, 1988). Pada malam Gawai Antu, acara ngalu petara diadakan di ruai dengan cara mengadakan satu perarakan secara besar-besaran oleh pemuda-pemudi yang berpakaian tradisional. Menurut Melling (1988), mereka bergerak dari bilek ke bilek(satu unit keluarga di rumah panjang) dengan diriiringi muzik tradisional sepertigegendang, setawak, bebendai dan engkerumung.
Secara keseluruhannya, hubungan sosial masyarakat Iban tradisional di rumah panjang terjalin melalui tanggungjawab terhadap kaum kerabat rumah panjang (Kedit, 1989). Keakraban hubungan sesama mereka dijalinkan sejak kanak-kanak lagi melalui perasaan kasih sayang dan sikap saling bantu membantu tanpa dibatasi oleh perbezaan jantina. Budaya bekerjasama dan tolong menolong ini sudah sebati dalam kehidupan kaum Iban seperti dilihat dalam keadaan apa sekalipun.
Pakaian tradisional perempuan kaum Iban adalah sangat unik dan hampir keseluruhannya merupakan kain tenun yang mempunyai corak-corak yang menarik.Pakaian wanita iban dapat dilihat daripada bahagian kepala sehinggalah ke bahagian kaki. Dalam bahasa iban, pakaian tradisional perempuan kaum iban disebut sebagai‘ngepan indu iban’.Dahulu ada seorang wanita bernama Kumang, beliau ialah wanita yang sangat bajik (cantik) dalam kalangan wanita iban terdahulu.Beliau seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja wanita.Contohnya, bertenun, ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau dahulu bukan sahaja terkenal dengan kecantikan beliau tetapi beliau mempunyai sikap yang baik kepada orang lain.
Ngepan indu Iban mempunyai perhiasaan pada pakaian ini.Terdapat beberapa jenis kelengkapan perhiasaan yang digunakan semasa memakai ngepan.
Sugu tinggi atau ‘tall combs’ialah perhiasan di bahagian kepala yang digunakan oleh kaum iban di Sarawak semasa menyambut sesuatu perayaan yang besar.Ia merupakan perhiasan yang berwarna perak yang memberi keunikan dan kilauan yang menarik semasa menari tarian Ngajat Induk dan semasa persembahan atau pertandingan Kumang Gawai Beauty Pegeant di Sarawak (LINK). Sugu tinggi ialah kraftangan corak dan rekaan yang berbentuk tema bungaan. Dahulu, perhiasan ini dibuat daripada perak tetapi sekarang ia dibuat daripada aluminium yang bersalut perak.
Sugu pupungialah sikat yang menyokong sugu tinggi supaya tidak longgar atau terjatuh dari kepala.Ensuga Tisir ialah perhiasaan diletakan pada bahagian sugu tinggi yang berbentuk flora atau bungaanyang dibuat daripada perak. Lampit merupakan tali pinggang yang besar untuk yang digunakan pada bahagian pinggang.
Tumpa ialah sejenis perhisaan gelang tembaga ti dikena di buku kuan tauka perempong. Tumpa Rajang ialah sejenis perhiasaan gelang yang dibuat daripada tekuyung tasikRawai tengkerung ti digaga ari temaga tauka pirak, ditusuk enggau rutan lalu dikena melit tubuh ari kechiak datai ka di antara punggung enggau penyurung.
Sementing Ringgit atau dikenali sebagai gobeng merupakan lingkaran tali pinggang yang berjuraian ibarat tali pinggang wang. Setiap wang tersebut dicantum Kunkung kaki dikenali sebagai gelang kaki.Gerunung  ini akan berbunyi mengikut rentak pergerakan kaki.
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya Cuma lebih kuang separas lutut.Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang berukur 110cm X 60cm; dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan.Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur yang berwarna-warni.Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu.Sebarang perayaan pula dihias oleh pelbagai reka corak geomatrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan.Malah ada di antara bidang tersebut yang dihias dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.
Marek empang atau hiasan dada yang diperbuat daripada manik dan bebola kain bertujuan untuk menutup bahagian atau baju kecil atau kemban. Marek empang dibuat daripada manik-manik yang disusun mengikut corak.
Bedong atau dikenali sebagai kain selempangmerupakan kain selendang yang panjang dan sempit. Ia dihiasi dengan pelbagai corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedong hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai dibahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.



Pesta Kaul

Pesta Kaul merupakan pesta keramaian yang menggabungkan unsur keagamaan, kepercayaan dan adat resam.  Pesta Kaul sangat penting pada masa dahulu sebagai penyembahan terhadap makhluk halus. Pesta ini diadakan untuk menjamu ‘ipok’ atau roh yang menjaga dan mengawal seluruh pelosok alam. Semasa meraikan upacara Kaul mereka berdoa kepada ipok supaya dimurahkan rezeki, mengelakkan segala bencana dan malapetaka serta meminta agar mereka sentiasa sihat untuk menjalankan kegiatan pertanian dan turun ke laut untuk menangkap ikan.
Masyarakat melanau menyambut Pesta Kaul menggunakan kalendar yang berlandaskan kedudukan bulan. Bulan pertama dikenali sebagai pengejin dan upacara kaul diadakan pada bulan tersebut. Bulan-bulan lain dalam masyarakat Melanau ialah seperti bulan pengelawak umik, bulan pengelawak ayang, bulan pelepak, bulan paka umik, bulan pakar ayang, bulan pegalan, bulan suah, bulan pidai, bulan penangih, bulan pamelai dan bulan pengasiseang. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dalam penulisan buku oleh Jasmin Ahmad dan Nora Hj. Samat yang bertajuk Perayaan Pelbagai Kaum. Edaran satu bulan pulan dibahagi kepada tiga tahap iaitu musit, lengadeang, dan matai. Bulan pengejin ialah bulan yang dipercayai membawa banyak rahmat dan ini adalah permulaan tahun baharu bagi masyarakat melanau.Selepas pesta ini nelayan boleh turun ke laut menangkap ikan dan petani boleh pergi ke ladang tanpa sebarang gangguan kerana rezeki mereka akan dijangka bertambah .
Terdapat beberapa peraturan yang dikenakan semasa Pesta Kaul diadakan iaitu tidak dibenarkan keluar menangkap ikan pada waktu pagi di hari perayaan kerana Pesta Kaul ini menandakan bermulanya tahun baru serta dengan kata lain tamatnya, musim hujan dan nelayan boleh menangkap ikan kerana cuaca dijangka baik .
Apabila upacara Pesta Kaul diadakan, seorang lelaki yang mempunyai kedudukan akan dilantik sebagai ketua dan digelar sebagai Bapak Kaul. Kenyataan ini dikukuhkan lagi oleh Jasmin Ahmad dan Nora hj. Samat dalam bukunya yang bertajuk Perayaan Pelbagai Kaum. Jawatan ini sangat penting dalam acara Pesta Kaul. Bapak Kaul ini berperanan sebagai orang tengah atau orang perantaraan yang menghubungkan ipok dan manusia. Dalam memastikan upacara Kaul ini berjalan mengikut peraturan dan adat turun-temurun  Bapak Kaul bertanggungjawab untuk memastikan upacara yang dijalankan betul. Tambahan juga, Bapak Kaul merupakan tonggak utama upacara Pesta Kaul ini. Beliau bertanggungjawab memujuk, merayu kepada makhluk halus atau ipok serta menghalau segala kejahatan dan malapetaka yang mungkin akan menimpa sesiapa sahaja malah bertanggungjawab memastikan pantang larang dipatuhi dan mereka yang ingkar akan dihukum.
Bapak Kaul ini berasal daripada keturunan Sepok di Dalat, Mukah. Menurut sumber, orang lain tidak boleh menjadi Bapak Kaul kerana  beberapa orang dari generasi ini telah menjadi Bapak Kaul dan amalan ini belum lagi dilanggar kerana penduduk takut sesuatu yang tidak baik akan menimpa mereka sekiranya mereka ingkar. Menurut sumber juga, difahamkan sudah sembilan orang daripada keturunan Sepok dilantik menjadi Bapak Kaul, dengan Agut Ujo sahaja telah memegang peranan tersebut sebanyak dua kali. Mereka ini dipercayai mempunyai keramat untuk menjalankan upacara ini.
Persediaan perlulah dilakukan sebelum Pesta Kaul dijalankan. Bahan yang diperlukan untuk dipersembahkan kepada ipok kala ialah bertih, kuih penyaram, beras kuning, papit, pais, rokok daun  nipah dan sirih pinang. Bahan–bahan tersebut akan diletakkan dalam tujuh buah bekas yang diperbuat daripada daun nipah dan bekas ini akan dimasukkan dalam talam yang dipanggil serahang. Kebanyakkan serahang dibuat oleh wanita kerana wanita dikatakan lebih teliti dan sesuai dengan sifat wanita yang lemah lembut. Serahang ini dibuat berdasarkan motif tertentu. Motif–motif pada serahang turut melambangkan imej ipok laut, darat dan udara. Berdasarkan pemerhatian, serahang bukan sahaja memerlukan ketelitian yang tinggi tetapi juga kesabaran dan daya kreativiti yang bermutu dengan mengambil kira unsur tertentu dalam Pesta Kaul dan sistem kepercayaan masyarakat.Tambahan juga, sumber turut menyatakan serahang berasal daripada perkataan ‘serahan’ iaitu barang persembahan kepada ipok. Serahang mempunyai ketinggian sekitar tujuh kaki yang mempunyai bentuk serta unsur-unsur tersendiri. Komponen yang terdapat pada serahang tersebut mestilah lengkap tanpa sebarang kecacatan kerana serahang yang tidak lengkap dan tidak sempurna akan mengundang kemarahan ipok dan akhirnya bala akan menimpa kepada sesiapa yang membuatnya.
            Penghulu atau wakilnya akan memukul gong atau canang tujuh hari sebelum upacara Pesta Kaul diadakan. Hal ini disebabkan, penduduk kampung dapat menyelesaikan kerja-kerja mereka di hutan mehupun di laut sebelum Pesta Kaul. Bukan itu sahaja, canang atau gong juga akan turut dipukul sekali lagi tiga hari sebelum kaul untuk mengingatkan penduduk kampung supaya menyelesaikan kerja mereka dengan segera dan memberi peluang kepada setiap keluarga untuk menyediakan makanan bagi jamuan pesta kaul dan turut menghias bahuong
            Selain itu, semua keluarga dari kampung yang terlibat akan turun membawa jamuan ke tempat upacara kaul. Setiap ahli keluarga dimestikan untuk menghadirkan diri kecuali orang yang telah uzur. Semua serahang yang telah dibuat akan didirikan di sekitar pantai atau muara sungai tempat pesta kaul itu diadakan. Upacara ini akan dimulakan dengan jampi mantera oleh ketua kaul yang ditujukan kepada ipok kala. Tujuh batang lilin akan dinyalakan. Tujuan lilin ini dinyalakan kerana kononnya untuk mewakili setiap lapisan bumi dan menerangi mereka yang telah meninggal dunia. Beras kuning akan ditabur oleh bapak kaul di sekitar kawasan serahang dan kepada barisan penduduk kampung yang sedang menghadapi makanan. Ketua kaul akan memberi arahan supaya hidangan dinikmati dan penduduk yang hadir turut boleh menikmati hidangan yang dibawa oleh keluarga lain kerana perbuatan ini sangat disukai oleh ipok kala dan dipercayai boleh menambah rezeki mereka yang melakukannya. Upacara ini dapat dibuktikan melalui buku Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
            Selesainya jamuan, ketua kaul dan pembantunya akan membawa serahang tersebut ke tempat yang dipercayai didiami oleh makhluk halus. Persembahan ini sangat penting bagi masyarakat Likau kerana untuk mengelakkan ipok yang mendiami kawasan tersebut marah sehingga boleh menimbulkan malapetaka. Setelah itu barulah acara hiburan akan diadakan.Antara acara hiburan yang akan diadakan ialah acara lumba perahu, pencak silat, main tibau, main gasing, mengalai dan tarian tradisional masyarakat Melanau seperti tarian buluh, tarian mengarang, dan tarian serahang.
            Tibau ialah permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular di Sarawak. Tibau dibina daripda beberapa batang buluh atau nibung kayu mahupun kayu keras. Ia berbentuk rak atau pemidang yang bertingkat-tingkat dan berbentuk piramid. Kebiasaannya, ketinggian tibau ini adalah antara 8-10 m dan juga dibina dalam keadaan yang condong di atas tanah yang rata. Tibau dibina kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama ialah mempunyai para tau pemidang yang menyerupai tangga dan bahagian kedua pula terdiri daripada dua batang tiang yang berbentuk piramid itu tadi. Pada bahagian ini terdapat juntaian tali daripada rotan dan rotan ini akan dihayun seperti sebuah buaian. Kedua-dua bahagian ini perlulah dibina dengan kukuh demi keselamatan pemain.
            Menurut pemerhatian, tibau ini lazimnya dimainkan di kawasan yang lapang. Kebiasaannya, tapak untuk permainan ini haruslah lembut dan tidak mempunyai batu yang boleh membahayakan pemain. Tujuan permainan ini ialah untuk menguji semangat dan keberanian peserta kerana permainan ini walaupun kelihatan mudah tetapi turut memerlukan tenaga yang tinggi. Bagi orang muda pula, ini merupakan peluang mereka untuk pertemuan antara teruna dan dara.
            Menurut cerita, permainan tibau ini bermula apabila Kampung Pentian diserang sejenis penyakit yang boleh membawa kepada kematian.  Kampung ini dikatakan sunyi sepi, seolah-olah mati. Suasana murung menyelubungi penduduk kampung ini. Kemudian terdapat seorang lelaki tua bermimpi di kampung tersebut. Dalam mimpinya ada seekor helang membawakan sejenis alat permainan yang bernama ‘tibau’ untuk menghidupkan kembali suasana di kampung Pentian yang diselubingi kemurungan itu. Berita tentang mimpi itu kemuadiannya dihebahkan kepada seluruh kampung. Oleh kerana mereka percaya akan kebenaran mimpi tersebut, penduduk kampung bekerjasama membina alat permainan yang dianggap aneh itu. Sejak dari itulah, tibau diterima sebagai sebahagian daripada upacara dalam sebarang keramaian yang diadakan oleh masyarakat Melanau setempat. Kenyataan ini dibuktikan dan dikukuhkan lagi dalam buku Shahnil Asmar Saaid dan Mohamed Roselan Malek yang bertajuk permainan tradisional.
Tarian mengalai merupakan salah satu tarian yang diadakan semasa Pesta Kaul. Tarian mengalai ini adalah tarian kedua popular di kalangan masyarakat Melanau. Tarian ini mempunyai banyak aksi yang menarik dan menakjubkan. Tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki dan perempuan. Para penari ini akan menggunakan pakaian tradisional masyarakat Melanau yang berwarna hitam. Tarian mengalai adalah tarian yang menggunakan pergerakan burung kenyalang sebagai asas dan kebanyakkan penari akan menari secara berselang-seli antara lelaki dan perempuan.



Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat

1.  Persekutuan berasal daripada perkataan Greek iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian. Persekutuan merupakan gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu perlembagaan pusat.

2.   Sistem persekutuan adalah satu sistem pemerintahan yang mengandungi 2 kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu.

3.     Walaupun negeri-negeri ini berada di bawah pemerintahan pusat, negeri-negeri ini diberi kebebasan untuk mengubal undang-undang sendiri berdasarkan kepada adat dan budaya tempatan.

4.     Amerika Syarikat merupakan kerajaan persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni Britian, kemudian menjelang akhir abad ke-19 telah menjadi 50 buah negeri. Pusat pemerintahannya terletak di Washington dan Presiden sebagai ketua kerajaan.

PERKEMBANGAN SEJARAH AMERIKA SYARIKAT

1.          Sebelum tertubuhnya kerajaan persekutuan Amerika, orang Eropah berlumba-lumba untuk meneroka dan membuat penempatan di benua Amerika seperti orang Sepanyol, Portugis, Perancis, Belanda dan British.

2.          John Cobat merupakan orang pertama meneroka di Amerika pada tahun 1497, diikuti oleh Sir Humphrey Gilbert (1583) dan Sir Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka menemui kegagalan kerana mendapat tentangan kaum peribumi Red Indian dan kawasan tersebut tidak sesuai untuk pertanian.

3.          Pada tahun 1607, Kapt. John Smith membuka koloni di Virginia dan berjaya memajukannya kerana memiliki kubu-kubu pertahanan di Jamestown dan wujudnya hubungan baik dengan puak Red Indian. Ini telah mendorong lebih ramai orang British berhijrah ke Amerika untuk memulakan kehidupan baru ekoran kerajaan Britian mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka dan masalah  agama terutama daripada golongan puritan.

4.          Pada tahun 1620, golongan puritan telah mendarat di New Plymounth dan telah mendapat bantuan orang Red Indian untuk menanam jagung. Pada tahun 1621, mereka telah menganjurkan Kenduri Kesyukuran” kerana mendapat hasil jagung yang banyak sebagai tanda berterima kasih kepada tuhan.

5.          Kedatangan orang British semakin bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni iaitu telah membuka penempatan koloni di Virginia (1607), Massachusetts dan New Hampshire (1630), Maryland (1634), Connecticut dan Rhode Island (1636), Delaware (1638), Carolina Utara (1653), Carolina selatan (1663), New Jersey (1664), New York (1664), Pennsylvania (1681) dan Georgia (1732).

6.          Pada abad ke-18, Britian dan Perancis mempunyai koloni di Amerika Utara. Pada tahun 1756, telah tercetus Perang Tujuh Tahun (1756-1763) antara Britian dengan Perancis di Eropah. Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Paris. Oleh kerana perang ini melibatkan belanja yang besar, Britian mendesak koloni di Amerika membiayai sebahagian perbelanjaan perang tetapi mendapat bantahan penduduk koloni.

7.          Raja George III tidak menghiraukan bantahan ini, sebaliknya memperkenalkan 4 akta bagi mengutip cukai di koloni seperti akta pelayaran, gula, setem dan teh. Penduduk tetap membantah dengan melaungkan slogan tiada cukai tanpa perwakilan” dan ini telah membimbangkan Britian. Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta teh.

8.          Melalui Akta Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual teh kepada penduduk di koloni-koloni tanpa membayar cukai dan penduduk koloni tidak boleh mengimport teh. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada tahun 1773, beberapa orang penduduk koloni menaiki kapal SHTI dan membuang kotak-kotak teh ke laut. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan Teh Boston dan ekoran daripada peristiwa ini pelabuhan Boston telah ditutup pada tahun 1774.

9.          Tindakan Britian ini telah menyebabkan penduduk di koloni bangkit memperjuangkan kemerdekaan mereka daripada Britian. Pada Sept. 1774, pemimpin 13 koloni telah bertemu di Philadelphia dan bersetuju menubuhkan sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). George Washington telah dilantik sebagai pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan mengisytiharkan perang terhadap Britian pada tahun 1775.

10.       Pertempuran telah berlaku di Lexington pada April 1776. Pada Julai 1776, kongres yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.

11.       Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Britian seperti di Saratoge (1777) dan Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang telah ditamatkan melalui Perjanjian Versailles iaitu Britian mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah jajahannya.


PENGUBALAN PERLEMBAGAAN AMERIKA SYARIKAT

1.    Pada tahun 1787, perwakilan daripada semua negeri telah bertemu di Philadelphia untuk merangka perlembagaan seperti Benjamin Franklin, George Washington, John Adams, Alexander Hamilton, James Madison dan George Mason.

2.          Di bawah perlembagaan ini:
a.      Sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkan
b.   Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang.
c.      Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri masing-masing
d.      Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif, perundangan dan kehakiman.

3.     Pilihanraya pertama Amerika Syarikat telah diadakan pada 4 Nov. 1789 dan George Washington telah dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama.

4.         George Washington bertindak untuk mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri persekutuan dengan dibantu oleh Thomas Jefferson, Henry Knox, Alexander Hamilton dan John Kay. Antara yang dilakukan oleh Washington ialah memperkenalkan sistem cukai yang adil dan seragam antara negeri, menyeragamkan penggunaan mata wang, menubuhkan Bank Nasional pada tahun 1791, dan memindahkan pusat pentadbiran dari Philadelphia ke Washington.

5.          Bangunan Capitol dan White House telah dibina di Washington sebagai lambang perpaduan dan demokrasi rakyat Amerika Syarikat. Kongres pertama telah diadakan di Capitol pada tahun 1800.

6.   Pada tahun 1812, Perang Inggeris-Amerika telah meletus disebabkan tindakan Britian memeriksa semua kapal Amerika yang menuju ke Eropah untuk menggelakkan bekalan sampai ke tangan musuh. Amerika mengumumkan dasar berkecuali dalam Perang Napoleon. Ini telah menyebabkan Britian menahan dan memeriksa kapal-kapal dagang Amerika dan ini telah menjejaskan kegiatan perdagangan Amerika.

7.          Selepas perang tamat muncul kebimbangan Amerika terhadap aktiviti peluasan kuasa Eropah dalam hal ehwal Amerika sehingga munculnya doktrin Monroe” yang menekankan konsepAmerika untuk orang Amerika” pada tahun 1823. Doktrin ini diwujudkan bertujuan untuk menjaga kepentingan negara daripada pencerobohan kuasa luar terutama Eropah. Amerika juga menegaskan bahawa peperangan akan dilancarkan terhadap mana-mana pihak yang melanggar doktrin ini.

8.          Pada abad ke-19, Amerika telah berkembang daripada 13 buah koloni kepada 50 buah negeri melalui 3 cara iaitu pembelian, perjanjian dan peperangan. Menjelang tahun 1850-an, Amerika telah mempunyai sempadan negeri seperti hari ini.

9.        Walau bagaimanapun, Amerika mula menampakkan pepecahan antara negeri-negeri utara dan selatan. Perpecahan ini semakin serius sehingga meletusnya Perang Saudara pada tahun 1861-1865 antara Kesatuan Amerika Syarikat (Negeri-negeri Utara) dengan Gabungan Negeri-Negeri Amerika (Negeri-Negeri Selatan). Perang ini meletus disebabkan oleh masalah hamba abdi, tindakan negeri-negeri selatan menarik diri dari kesatuan Amerika, perbezaan antara negeri-negeri Utara dengan Selatan dan wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap undang-undang kerajaan pusat.

10.      Perang ini bermula apabila Fort Sumter telah diserang oleh tentera selatan pada 12 April 1861. Pada Sept. 1862 pula tentera selatan telah mengalami kekalahan di Maryland dan di Gettysburg pada Julai 1863. Selepas perang tamat, Abraham Lincoln telah memberi ucapan termasyhur yang dikenali Ucapan Gettysburg” dan berakhir dengan kata-kata...kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat, bagi rakyat tidak akan lenyap dari muka bumi...”.

11.       Perang saudara ini telah banyak memberi kesan seperti lebih ½ juta orang Amerika terkorban, amalan perhambaan dihapuskan di Amerika dan negeri-negeri Utara dan Selatan bersatu semula.

12.       Selepas tamatnya perang, Amerika Syarikat telah membangun sebagai sebuah negara yang bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Amerika juga mengalami perubahan ekonomi yang pesat dalam bidang perindustrian, pertanian dan pengangkutan.

Di negara Barat terdapat dua jenis bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu negara kesatuan dan negara persekutuan. Pelaksanaan mana-mana bentuk kerajaan ini akan mempengaruhi keharmonian kerajaan pusat dan tempatan di negara masing-masing.

Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan menghadkan kuasa kepada kerajaan tempatan (local government). Manakala kerajaan persekutuan pula merupakan sebuah negara yang mengamalkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri (kerajaan tempatan).

Bentuk kerajaan kesatuan telah diamalkan di negara Perancis manakala kerajaan persekutuan telah diamalkan di negara Amerika Syarikat.


Kerajaan Kesatuan Di Perancis

Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek pemerintahan, boleh mengubah sempadan dan kuasa, dan juga boleh membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh peringkat negeri/wilayah. Negara kesatuan Perancis mempunyai beberapa ciri iaitu:

1.     Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan seluruh pemerintahan di negara Perancis.

2. Untuk memudahkan pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan negara kepada beberapa wilayah atau cawangan dan diberi kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran wilayah ini merupakan ejen kerajaan pusat. Walau bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik balik oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti ini adalah merupakan sistem sentralisasi iaitu pemerintah pusat  memiliki kedaulatan penuh untuk menyelenggara urusan dari pusat ke daerah/wilayah. Pemerintah wilayah hanya melaksana ketetapan pusat.

Terdapat kelebihan jika mengamalkan kerajaan kesatuan iaitu tidak akan berlaku masalah pertindihan kerana sebarang percanggahan antara pengubal dengan pelaksana dasar dapat dielakkan. Hal ini kerana segala keputusan akan dibuat oleh kerajaan pusat dan dengan ini pemerintahan akan dapat dijalankan dengan mudah, teratur dan berkesan.
Namum kerajaan kesatuan juga mempunyai kelemahannya tetapi dengan segera dapat diatasi oleh kerajaan pusat dengan menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa.

Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara seperti Perancis kerana mempunyai keluasan geografinya tidak luas atau besar dan mempunyai jumlah penduduk tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.

Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah banyak berlaku perubahan di Perancis iaitu sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan, sistem feudal dihapuskan, hak istimewa golongan bangsawan telah ditamatkan dan berkembangnya semangat nasionalisme di Perancis.

Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun 1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah dibahagikan kepada 83 department (wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula kepada cantons (daerah) dan daerah pula dipecahkan kepada commune.

Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefet bertanggungjwab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan.

Disetiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan institusi tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan pusat.

Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal Council). Institusi commune berperanan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Datuk Bandar berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja dikawasannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan dan sebagainya.

Penyatuan Negara Jerman

1.   Sebelum abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di bawah pemerintahan masing-masing. Pada awal abad ke-19M, Jerman telah dikuasai oleh Perancis di mana Perancis telah melucutkan takhta raja serta mengubah sempadan Eropah. Perancis telah membentuk semula struktur pemerintahan Jerman dan mencantum negeri-negeri kecil di Jerman.

2. Selepas Perancis kalah pada tahun 1815, Persidangan Viena telah dibuat dan mereka bersetuju untuk mencantumkan Jerman kepada 39 buah negeri sahaja (Pengabungan Jerman) yang terdiri daripada Austria, Prusia, Bavaria, Wurtemberg, Honaver dan Saxony.

3. Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana wujud beberapa faktor penghalang seperti kebangkitan revolusi pada tahun 1848, persaingan antara kuasa Austria dan Prusia iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman disatukan dan ramai golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada yang telah menetap di Amerika.

4. Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk penyatuan Jerman tetap wujud bermula pada tahun 1815 iaitu selepas tamat perang Napoleon melalui Kongres Vienna. Dalam Kongres Vienna 1815, menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan kepada penaklukan Perancis dan keadaan ini mendorong kepada kerjasama ekonomi yang turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.

5.  Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah ditubuhkan di Prusia. Persatuan ini telah berusaha menghapuskan cukai antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti perdagangan. Ini telah mendorong negeri-negeri di Jerman untuk menyertai persatuan pada tahun 1854 kecuali Austria. Perkembangan perdagangan ini telah menyebabkan negeri di Jerman menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.

Proses Penyatuan Jerman

1.   Prusia dilihat sebagai memainkan peranan efektif ke arah penyatuan Jerman, apabila William 1 ditabalkan sebagai Raja Prusia yang baru pada 1861 percaya Prusia boleh memimpin penyatuan Jerman. Beberapa langkah ke arah tersebut telah dilaksanakan seperti memperbesarkan angkatan tentera melalui penambahan pegawai tentera, rekrut tentera yang ramai dan memanjangkan perkhidmatan sukarelawan kepada 3 tahun.

2.  Untuk merealisasikan tujuan tersebut, William 1 telah melantik Otto von Bismark, iaitu seorang junkers (tuan tanah) yang pernah menjadi ahli parlimen (1847), duta Prusia ke Rusia dan Perancis pada tahun 1859 dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru pada tahun 1862. Tugas utama Bismark ialah menjinakkan ahli-ahli parlimen Prusia supaya patuh kepada kehendak  kerajaan dan raja. Namun apabila parlimen menolak permintaan William 1, Bismark telah bertindak secara lebih agresif dalam merealisaikan proses penyatuan Jerman .

3. Sebagai Perdana Menteri, Bismark merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera dan memperkasakan ekonomi Prusia agar dapat mengurangkan pengaruh Austria dalam kalangan negeri-negeri Jerman.

4. Untuk melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan Prusia dalam tiga peperangan. Peperangan pertama Bismark ialah menentang Denmark atas isu daerah Schleswig dan Holstein yang diperintah oleh Raja Denmark. Kedua-dua daerah ini mempunyai majoriti bangsa Jerman yang telah menyatakan sokongan kepada Bismark. Untuk mencapai tujuan tersebut, Bismark telah memujuk Austria supaya bersama memerangi Denmark pada 1864. Perang Prusia-Denmark ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Gastein pada Ogos 1865. Mengikut perjanjian ini menyaksikan Austria diberi hak untuk mentadbir Holstein manakala Prusia mengawal Schleswig.

5.  Namun demikian usaha penyatuan Jerman tidak dapat dilakukan sekiranya Austria tidak dapat ditakluki. Justeru itu, Bismark mula mendapat sokongan daripada sekutunya di Eropah untuk membantu. Beliau telah menawarkan bantuan kepada Rusia ketika Rusia berhadapan dengan pemberontakan di Poland. Manakala di Itali pula, Bismark telah menandatangani perjanjian pada 1866, iaitu Prusia akan membantu Itali untuk mendapatkan wilayah Venetia yang dikuasai oleh Austria.

6.   Bismark mendapat persetujuan William 1 serta ketua-ketua tentera untuk memerangi Austria namun ditentang oleh Parti Progresif yang menguasai parlimen. Bagi mengatasi senario tersebut, Bismark telah bertindak memberikan hak mengundi kepada semua lelaki dewasa dalam pilihanraya dan bukannya hanya kepada golongan lelaki bangsawan seperti yang diamalkan sebelum ini. Perubahan ini menyebabkan Parti Progresif kehilangan banyak kerusi di parlimen.

7. Bagi meneruskan misinya, Bismark telah mengistiharkan perang ke atas Austria apabila menghantar tentera ke Holstein pada 15 Jun 1866 dengan menuduh pihak Austria melanggar Perjanjian Gastein iaitu kerajaan Austria telah melayan dengan buruk orang-orang Jerman yang berada di Austria. Perang ini mengambil masa selama 7 minggu, oleh sebab itu ia dikenali Perang Tujuh Minggu.

8.  Tentera Austria telah dikalahkan di Sedowa dan perang ini telah ditamatkan dengan Perjanjian Prague pada tahun 1866. Mengikut perjanjian ini Austria dikeluarkan daripada kesatuan ini serta Austria serah Holstein kepada Prusia dan wilayah Venetia diserahkan kepada Itali. Kejayaan ini telah membolehkan Bismark mengabungkan semua negeri-negeri utara Jerman menjadi Pergabungan Jerman Utara.

9.  Prusia berhadapan dengan Perancis dalam usaha menyatukan negeri-negeri Jerman. Napoleon III tidak akan menyokong rancangan Prusia memimpin penyatuan Jerman. Selepas tamat Perang Prusia-Austria, Perancis mula bimbang kebangkitan Prusia sebagai kuasa kuat di Eropah. Ini telah mendorong Perancis menuntut agar negeri-negeri Selatan Jerman diserahkan kepada Perancis sebagai balasan pertolongan Perancis kepada Prusia mengalahkan Austria.

10.Dengan menggunakan tipu helah, Bismark telah berjaya memujuk negeri-negeri Selatan Jerman bersatu dengan Prusia. Selepas itu, berusaha memujuk sekutu-sekutu Perancis supaya tidak membantu Perancis. Dalam meneruskan misinya Bismark telah melancarkan perang ke atas Perancis pada Julai 1870. Perancis berjaya dikalahkan oleh Prusia pada tahun 1871 dan perang ini ditamatkan melalui Perjanjian Frankfurt.

11. Mengikut perjanjian ini, Perancis serah wilayah Alsace dan Lorraine serta membayar ganti rugi perang sebanyak 3 ribu juta kepada Prusia. Selepas berjaya mengalahkan Perancis, Bismark telah menyatukan Jerman menjadi Empayar Jerman yang mengandungi 25 negeri kecuali Austria.

12. Pada 18 Januari 1871, Raja William 1 dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala Bismark menjadi Cancellor (Perdana Menteri). Walaupun setiap negeri mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai tentera dan pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat. Kaiser berkuasa untuk mengarahkan tentera sewaktu peperangan dan menentukan dasar luar.

13. Selepas berjaya menyatukan Jerman (1871), Bismark berusaha untuk mewujudkan keamanan di dalam dan luar negeri Jerman, membangunkan negara dan mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara Eropah. Bismark juga telah menanda tangani perjanjian 3 kuasa iaitu antara Prusia dengan Itali dan Austria yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Tujuannya untuk menggelakkan daripada Perancis menyerang Jerman.

14.  Bismark juga telah memperkenalkan perlembagaan Jerman dengan menubuhkan parlimen yang mengandungi Majlis Persekutuan dan Diet Maharaja. Bismark juga berusaha menyekat pengaruh gereja, menyeragamkan sektor ekonomi, membangunkan sektor perindustrian, memajukan sektor pertanian dan perdagangan serta pemulihan sosial.